MASRECA 19 Rumah selangorku

Alhamdulillah..alhamdulillah..
Masih diberi nikmat hidup di hari ini.

Last week kami sempat menjengah ke Sales Gallery Masreca 19, Cyberjaya di bawah kelolaan Sterling Prima Sdn Bhd. Mencuri-curi masa makan tengahari yang kami ada. Rupanya kami golongan-golongan yang lambat tau pasal rumah Selangorku ni, Rumah harga RM 200k sudah habis. Lalu kami menangis T___T sob sob sob. Dah lama kot buka untuk pendaftaran, sejak Mac tahun lepas lagi. Huhuhu.

Yang tinggal adalah rumah tak berapa mampu milik. RM 280k dengan keluasan 850 sq.ft.


---
Project Name : MasReca 19
Land Area : 15.42 acres
Land Tenure : Freehold
Number of Units : 960 units
Proposed Build Up : 850 sq.ft. (3 bedrooms 2bathrooms) - Kecil je kan? Tapi ok la untuk siapa-siapa yang nak mula hidup dan bekerja area Cyberjaya. Seriously, okay sangat untuk tinggal. Untuk invest? No idea coz Cyberjaya ni masih baru nak membangun. Rumah pun mahal-mahal belaka. So, sewa pun sangat mahal. Kebanyakan orang prefer untuk tinggal jauh sikit macam kat puchong ke dengkil ke.

Indicative Price Range:

a) RM 200,000 (SOLD OUT)
-Bare Unit with 1 open Car Park

b) RM 280,000
-Partially Furnished* - Barang elektrik semua jenama samsung ye
  • Kitchen Cabinet
  • Washing Machine 
  • CookerHood & Hob
  • Wardrobe in All Bedrooms 
  • Microwave Oven 
  • 12 Florescent Lights & 2 Fans
  • Refrigerator
  • 2 Air Conditioners
-2 Covered Car Parks

Maintenance: Indicative0.18sen/sq.ft. - Dalam RM153 sebulan

TargetHanding Over : Qtr3 2017

Booking : RM 3,000

*terms and condition apply
---

Hmm, tak tau nak cerita apa lagi. Kami pun sedang menunggu kelulusan LPHS. Doa-doakan kami. Try la sapa yang layak. Selagi ada yang kene reject (sama ada LPHS atau pun loan bank), selagi itu ada kekosongan. Boleh refer link di bawah:

Website: http://masreca.com/
Facebook: https://www.facebook.com/masrecahomes/timeline

Lagi satu, jikalau anda lepas kedua-duanya...nak dapatkan no rumah, kene cabut undi tau. Semua rumah berkeluasan sama, bezanya pemandangan luar tingkap, bilangan tingkap dan aras. Boleh tengok rumah contoh di:


No 5G & 6G, Neocyber,
Lingkaran Cyber Point Barat,
Cyber 12, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
o: 03-8311 9090
f: 019-6903429

Santekkk tak? Rumah contoh haruslah cantik ye tak?
Tahniah bagi mereka yang beroleh rezeki di MASRECA 19. Doakan dapat berjaya berjiran bersama. Hehehe. Kata orang jangan berharap setinggi langit, nanti sedih dikemudian hari. Oleh itu, kami redha dan tawakal.

Siapa-siapa tau lagi rumah baru, harga affordable, area Puchong, Dengkil, Serdang, Putrajaya mahupun Cyberjaya..rojer2 lah kami ye. Share link..share info ^^. Moga memberi manfaat bersama. Ameennnn~

Sambungan entry pada 7/3/2016: http://satunokhtah.blogspot.my/2016/03/update-masreca-19.html.

10 comments:

search for Saujana KLIA

 

hai
sy pn tgh bersungguh2 nk dapat kan jugak rumah ni
baru pagi td singgah sterling prima drop document sbb lphs still xde ape2 jawapan :(((
so awk dh lepas ke?
bagus sgt2 kot masreca 19teen ni..sama2 lah kita berdoa eh..amin :)

 

Hi, Saya tak apply sebab ade hartanah kat selangor cuma aktif tengok iklan Rumah Selangorku then inform my young Gen-Y fellow suruh mereka apply2. Banyak dpt invitation development eg. (MK (MasreCa19), Ecoworld (Simfoni apartment), SP Setia (De Bayu Apartment) etc.

 

@Siraa - moga2 nnt dapat sama2 jadi komuniti MASRECA ni =) Yup. Alhamdulillah da lepas. Lama juga tunggu kelulusan SPHS. Hampir 2 bulan juga la.

 

oh insyaALLAH. sy dh dpt dh no unit rumah, semua dh lepas dh. tunggu nk masuk je rmh tu :)

blog walking : http://www.ceritaumiabi.com/2015/06/berbaloi-walaupun-complicated.html

Regards, Shazana

 

salam..
alhamdulillah..dpt jugak akhir nya..syukur sgt...
nk tnya bakal2 jiran ni..duit booking 3k bayar masa bila eh?masa ballot ke masa sign snp?
terima kasih..

 

alhamdulillah...3/12 baru ni saya pun dah dapat cabutan rumah..dah bayar booking masa dtg hari terbuka haritu dan skrg tgah prosess apply loan.. Sis dapat blok mana dan tingkat brape? saya dapat blok C hihi

 

@Shazana Mhd SobriTahniah bakal jiran. Jangan lupa join private group warga Masreca kat fb ye: https://www.facebook.com/groups/554272681338888/?ref=bookmarks (MasReca n19eteen)

 

@Zubaidah Bahron Tahniah sis. Sy dapat block A, tingkat 1 ^^

 

@Asirah Salleh Tahniah2. Moga dipermudahkan segala urusan sehingga sign snp. Bayar booking masa balloting. Chaiyok2